Thursday, August 9, 2012

Hukum hudud tidak relevan...

Assalamualaikum, maaf.. awal2 lagi saya terangkan yang saya bukan orientalis atau penentang pejuang2 Islam yang mahu undang2 Islam digunakan..

Baiklah, hukum hudud yang sering dilaung-laungkan oleh kebanyakkan pihak sebenarnya tidak salah bahkan merupakan perkara yang wajib diperjuangkan oleh setiap umat Islam...

Tetapi, adakah relevan jika hukum hudud ini dijalankan di Malaysia?

Jawapan saya adalah tidak relevan selagi perkara2 ini tidak terlaksana..


Pertama, Majoriti umat Islam khususnya di Malaysia mempelajari tauhid secara mendalam...

Penjelasan : Kenapa perkara ini perlu dititik-beratkan adalah kerana faktor pendakwahan yang Junjungan Besar Rasulullah S.A.W lakukan ketika awal penyebaran Islam di Kota Mekah. Ketika itu, tiada lagi hukum2 yang dijalankan ekoran kerana umat Islam ketika itu sangat lemah serta beberapa sebab lagi. Jadi, pendakwahan Rasulullah ketika itu hanyalah dengan mengajarkan Kalimah Tauhid, La Ila Ha Illahllah.. Rasulullah menanam Iman terhadap para sahabat untuk berserah kepada Allah S.W.T.. Oleh sebab ini, sya secara peribadinya berpendapat, perlulah pihak2 Islam bersama-sama melakukan pendakwahan dan menekankan soal tauhid kepada pengikutnya... bukan sekadar berpolitik atau mempolitikkan ayat2 suci Kalam dari Allah. Bermulalah dari bawah, kita perlu berubah dahulu barulah boleh mengubah keluarga, masyarakat seterusnya negara. Perkara ini boleh dijelaskan dengan lebih lanjut tetapi makan masa dan ruang... "Apabila seseorang itu sudah beriman dengan Allah (beriman dengan sebenar Iman) maka, apa sahaja suruhan Allah adalah menjadi mudah baginya"

Kedua, Selagi ekonomi dan kuasa umat Islam dipegang oleh golongan musuh Islam

Penjelasan : Banyak orang menggunakan hujjah Piagam Madinah untuk mengatakan bahawa orang bukan Islam sekalipun boleh mengikuti undang2 Islam. Baiklah, berbalik kepada sejarah, perlembagaan (Piagam Madinah) itu sememangnya boleh diikuti oleh segelintir orang bukan Islam, tetapi kebanyakkan daripada mereka menentang. Kita boleh menghayati Kisah Perang Khandak, dimana pengkhianatan Bani Quraizah daripada bangsa Yahudi terhadap umat Islam merupakan contoh betapa bencinya golongan bukan Islam terhadap Islam (walaupun pada mulanya mereka bersetuju utk menerima piagam madinah)

Ketiga, Penyatuan Umat Islam

Penjelasan : Renungilah sejarah awal perkembangan Islam, barulah kita boleh tubuhkan sebuah negara Islam dengan mengamalkan hukum2 Islam secara keseluruhannya. Contoh penyatuan Umat Islam pada zaman nabi adalah bersatunya dua suku arab iaitu Bani Aus dan Bani Khazraj. Mereka ini kemudiannya dikenali sebagai Golongan Ansar, golongan yang membantu Rasulullah dan pengikutnya berhijrah ke Madinah dari kota Mekah serta golongan yang menjadi tulang belakang terhadap perjuangan Rasulullah. Selagi umat Islam (tanpa mengira ideologi politik) tidak bersatu, selagi itulah hukum Islam tidak dapat dilaksanakan.

Keempat, Hijrahnya para pemimpin ke arah kebaikan...

Penjelasan : Rasulullah sendiri adalah pemimpin yang melakukan hijrah. Baginda seorang yang cekal dan sentiasa mengajak kearah kebaikan. Baiklah, hijrahnya para pemimpin kearah kebaikan bukannya bermaksud meminta mereka berpindah ke tempat baru, tetapi  meminta para pemimpin berubah sikap daripada seseorang yang melakukan kelalaian kepada seseorang yang beriman kepada Allah. Pemimpin merupakan tunggak, jika para pemimpin sendiri tidak berubah, bagaimana rakyatnya mahu mengekorinya.

Soalan balas  


Apakah perlu semua perkara ini berlaku barulah undang Islam terlaksana?


Jawapan : Ya, kerana perkara ini adalah perkara yang seharusnya dilakukan dahulu sebelum tertegaknya undang2 Islam


Jika dilihat dari sejarah, kerajaan Abbasiah dan seterusnya mengamalkan undang2 Islam, tetapi tidak ada tentangan?

Jawapan : Sebenarnya undang2 yang diamalkan itu tidak secara keseluruhannya undang2 dari Islam. Kita boleh lihat bagaimana keadaan ulama' yang alim dalam bidang Islam diseksa dan ada yang terbunuh hanya kerana menolak permintaan pemerintah untuk mengemukakan fatwa yang salah. Contoh paling nyata adalah 4 Ulama' besar iaitu Iman Hanafi, Iman Malik, Iman Syafie dan Iman Hanbali.. mereka merupakan golongan ulama' tetapi disiksa oleh pemerintah pada ketika itu.. adakah ini membuktikan mereka (pemerintah) ketika itu mengikuti undang2 Islam secara menyeluruh.


Bukankah lebih baik mengamalkan undang2 Islam daripada undang2 Kafir?

Jawapan : Ya, sewajibnya kita mengikuti undang Islam daripada mengikuti undang2 kafir, Tetapi untuk membuang pengaruh undang2 kafir ini perlulah dilaksanakan perkara2 yang telah disebut. 


Undang2 kafir telah dilaksanakan secara paksa dizaman dahulu, sebab itulah sehingga sekarang kita mengamalkannya. Adakah lebih baik kita laksanakan undang2 Islam secara kekerasan (berperang)?

Jawapan : Dengan memaksa rakyat untuk mengikuti undang2 Islam akan menyebabkan berlakunya penentangan dan pertumpahan darah mungkin akan berlaku. Ini kerana sesuatu perkara yang sukar untuk diterima akhirnya akan membawa kepada penentangan.  Rakyat akan berpecah belah dan berkemungkinan berlakunya peperangan diantara agama dan perang saudara akan tercetus. 


Ini adalah perintah Allah, kita wajib mengikutinya?

Jawapan : Benar, dan perlulah kita ikutinya sepertimana Rasulullah lakukan. Jika kita melakukannya tanpa ilmu, kita akan timbulkan fitnah terhadap Allah. Ikutilah cara Rasulullah, dizaman awal Islam, Islam adalah agama yang asing. Di akhir zaman, Islam merupakan agama yang asing. 


Maaf, ini hanyalah pendapat saya, dan soalan2 yang ditanya itu adalah contoh2 soalan sahaja, mungkin ada soalan2 yang saya terlepas pandang. Apa2pun, Syiar Islam perlulah ditegakkan secara keseluruhannya. Jika mahu ikut Islam, ikutlah dengan sepenuhnya bukannya ikut apa yang sesuai dan tolak apa yang tak sesuai.












Sunday, July 29, 2012

Ayah...

Ayah, kebanyakkan anak2 lupakan mereka. Ayah, kasih dia lebih besar, hebat dan tak dapat dibandingkan. Benar, Ibu adalah manusia yang lebih perlu disayangi tetapi ayah kasihnya bukan sahaja di dunia, tapi hingga akhirat sana.

Ayah, yang bertanggungjawab menjaga Isterinya, anak2nya, Ibu dan Ayahnya dalam soal pakaian, makanan, tempat tinggal dan paling penting "Agama". Beliaulah yang akan dipertanggungjawab keatas dosa anak2nya dosa isterinya. Selangkah kaki ayah ingin masuk ke syurga, jika isterinya dan anak wanitanya memasuki neraka, maka si ayah akan diheret untuk bersama mereka di neraka.

Ayah, dia tak boleh dayus, tidak ada takut dan perlu sentiasa berani, tabah menghadapi dugaan, mencabar segala cabaran, merancang masa depan keluarganya dan menghabiskan sisa hidupnya membentuk keluarganya.

Ayah, jika beliau pergi berperang, bekerja, merantau mencari pekerjaan di dunia luar, itu adalah kerana keluarganya. Beliau hidup di bumi asing, penuh cabaran dan dugaan tetapi tetap tabah dan sabar kerana beliau tahu tanggungjawabnya sebagai seorang "AYAH"

Aku kenal seorang kawan namanya Osman. Dia warga Mynmar dan berhijrah ke Malaysia (Shah Alam). Beliau bekerja sebagai pekerja restoran. Sentiasa senyum dan ramah walaupun cakap bahasa melayu tak berapa betol :)

Osman, mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak... dia masih mempunyai ibu.. dia berhijrah ke Malaysia mencari rezeki yang halal untuk mengubah hidupnya nanti bila dia balik ke negara dia semula (Mynmar)


Sahabat2 dia mati dibunuh di Mynmar, Ibunya meninggal dan dia tak tahu keadaan keluarganya. Dengan mata yang berkaca-kaca menahan takungan air matanya, dia ceritakan kisah dia. Dia nak balik semula ke negara tercinta dia tetapi apakan daya, dia tak mampu. Dia rindukan keluarganya, anak isterinya. Dan berita kematian Ibunya membuatkan dia tersangat sedih.

Tapi aku kagum dengan dia, dia mampu kesat air matanya kemudian tersenyum kemudian mengambil pesanan pelanggan yang baru datang. Aku dan kawan aku mengenali Osman, kami tahu kebaikan dia. Seorang ayah yang hebat... pengorbanannya hanya Allah sahaja yang dapat balas. Semoga Allah berikan Osman hidayah dan kekuatan untuk selamatkan negaranya dan lebih2 lagi keluarganya.

Aku terfikir sendirian, hebat sebenarnya pengorbanan seorang ayah. Dia tak mahu ahli keluarganya tahu tekanan yang dihadapinya, apa yang dia mahu, ahli keluarganya senang dan bahagia.

Sekarang bulan puasa, aku pula masih lagi merantau di Shah Alam. Terkenangkan kampung halaman aku di Pulau Pinang. Ibu ngan ayah aku ada disana. Aku rindu diorang. Jika raya tahun ni aku tak balik pulau pinang, inilah hari raya pertama aku yang aku tak bersama dengan ahli keluarga aku....

Sehebat mana seorang lelaki, setabah mana hati beliau, tetapi bila berkenaan hati dan perasaan terhadap keluarganya... beliau tetap akur...

untuk Ibu dan Ayah... dari anakmu tercinta FARHAN








Saturday, July 7, 2012

Gagalkah Anda?

Semua manusia sering merungut tentang kehidupan mereka. Biasalah, tak ada  satu benda pun yang kita rancangkan serta lakukan akan berjaya, betol tak? Bila sesuatu perkara yang kita rancangkan tu gagal, kita mulalah salahkan diri sendiri, salahkan orang lain dan paling teruk salahkan Tuhan...

Sebenarnya kita tak gagal dalam apa2 sahaja yg kita rancang sebab bila kita rancang sesuatu, mesti ada dugaan... tapi pernah tak apabila kita merancang, kita rancangkan sekali perkara yang akan dilakukan apabila kita gagal...

Apabila kita gagal, sudah pasti kita kecewa, ttp kekecewaan kita itu tidaklah terlampau besar jika kita sudah tahu apa yang perlu dilakukan apabila gagal kelak.


Anda tak gagal kerana...


1)  ada kejayaan dihadapan

2) anda dah usaha sehabis baik

3) anda berani mencuba

4) anda lakukan sesuatu yang orang lain tak lakukan

5) anda ada pengalaman dimana org lain tak rasainya

6) anda tidak mengambil keputusan bodoh bila gagal

7) anda cuma memilih cara yg salah